Dunia Tanpa Sempadan

Written on 12:00 PM by Om Yus

Salam,

Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini hidup kita lebih sejahtera.

Dunia hari ini mengalami fenomena globalisasi akibat kemajuan teknologi internet. Dari sini ramailah pihak-pihak yang menggunakan kemudahan ini untuk mencari rezeki secara online dengan cara yang berbagai-bagai. Ada yang membina laman web untuk mempromosikan produk mereka. Ada pula yang menjadi orang tengah untuk menjual produk pihak lain seperti mengikuti program-program affiliate marketer. Tidak kurang juga di kalangan mereka yang mencuba nasib dengan menggunakan iklan-iklan berbayar. Terdapat pula individu yang kerjanya hanya membuat beberapa product review dalam sehari. Tak cukup dengan itu, ada juga yang membeli produk pihak lain secara pukal dan menjualnya semula dalam program master reseller. Dan yang paling berkesan ialah jika anda mempunyai satu sistem aplikasi (software) yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda. Banyaklah jika hendak diceritakan semua.

Di laman ini saya tidak bercadang untuk menerangkan program-program yang saya sebutkan di atas, tetapi seperti yang anda boleh lihat pada nama laman ini, saya akan membincangkan segala perkara yang saya tahu berkenaan dengan dunia sms. Seperti internet, perkembangan telefon bimbit juga menyebabkan dunia ini terasa kecil. Dan perkhidmatan sms ini pula banyak kelebihan dan juga kekurangan, bergantung kepada cara kita menggunakannya.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda perkara-perkara yang bagi saya mendatangkan faedah jika kita tahu caranya. Saya akan menceritakan bagaimana kita boleh menjana pendapatan menerusi sms dan seterusnya jika cukup masa berlalu saya akan memberi anda peluang untuk melakukannya sendiri. Jadi, teruskanlah mengikuti perkembangan laman ini. Anda sebenarnya baru sahaja memasuki satu laman yang akan memberi manfaat kepada anda sama ada dari segi pengetahuan atau pun materi.

Sampai jumpa lagi.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed