Trengkas SMS (Shorthand)

Written on 12:54 AM by Om Yus

Salam,

Seorang pemberita biasanya mempunyai kemahiran menulis dengan ringkas dan cepat agar dia mampu mencatatkan segala apa yang diperkatakan oleh seseorang semasa temu ramah. Teknik menulis begini dipanggil Trengkas kalau tak silap saya. Tulisan trengkas ini pelik rupanya. Saya tak pandai membaca tulisan ini.

Begitu juga halnya dengan sms. Biasanya kita tidak mengeja sesuatu perkataan dengan lengkap bila menggunakan sms. Selain perkataan, nombor, dan tanda bacaan pun selalu digunakan untuk mengeja perkataan. Dalam artikel ini, saya melencong sekejap dari membincangkan pasal menjana wang melalui sms. Saya akan berkongsi dengan anda teks-teks sms yang ringkas dan piawai supaya anda dapat menaip sms anda dengan cepat dan ringkas. Sms yang ringkas akan lebih cepat dihantar, selain menggunakan space yang kecil. Ini akan mengurangkan kos sms anda sebenarnya. Jadi mengetahui trengkas sms ini (istilah saya) sebenarnya menolong kita untuk menjimatkan kos sms juga.

Saya pernah menumpang kereta seorang sahabat. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Walaupau dia sedang memandu, sempat juga dia membaca sms itu, dan membalasnya!!! Hati saya sentiasa gelisah dengan gelagat kawan saya bersms sambil memandu. Nasihat saya, janganlah mencontohi perangai kawan saya ini ya.

Hm... untuk permulaan saya akan kongsikan beberapa akronim yang piawai. Maksud saya piawai ini adalah mengikut penggunaan Bahasa Inggeris. Jangan khuatir, ramai Mat Salleh celup sekarang di sana sini, jadi rasanya ramai jugalah yang akan faham akronim-akronim ini. Dalam kata lain, anda bolehlah menggunakannya.

Akronim-akronim yang kerap digunakan ialah:

AAMOF = as a matter of fact

ADN = any day now

AFAIK = as far as I know

AKA = also known as

ASAP = as soon as possible

ATM = at the moment

Bagaimana? Ada yang pernah anda jumpa? Saya biasa terima AKA dan ASAP. Setakat ini saja dulu. Ini saja yang saya tahu akronim yang bermula dengan huruf A. Selepas ini saya akan berikan akronim yang bermula dengan huruf B pula.

Jumpa lagi.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed