Siapakah yang SMS saya?

Written on 1:16 PM by Om Yus

Salam,

Pernahkah anda menerima sms dari sumber yang anda tidak ketahui dan memberikan tawaran perkhidmatan sms kepada anda? Saya sendiri beberapa kali menerimanya. Contoh yang saya pernah terima ialah:

Ingin tahu rahsia seks wanita? Taipkan ON RAHSIA dan hantar ke 12345*.
* Nombor ini bukan nombor sebenar, hanya sebagai contoh.

Anda tidak perlu risau jika anda menerima sms seperti ini. Perkhidmatan yang ditawarkan itu sebenarnya memang wujud. Cuma anda mungkin terkejut dan tidak yakin kerana anda tidak tahu siapa yang melakukannya dan bagaimana nombor telefon anda diperolehi? Mudah saja caranya, salah satu kaedah ialah dengan menggunakan Yahoo Messenger. Ada banyak cara lain tapi tak perlu saya bincangkan di sini.

Sebenarnya orang yang menghantar sms itu tadi hanya membuat promosi perkhidmatan yang dia sediakan (e.g., rahsia seks wanita) melalui saluran percuma kerana sms yang dihantar menggunakan Yahoo Messenger ini adalah percuma, walaupun terhad bilangan sms yang boleh dihantar kepada individu yang sama. Malahan mereka juga membuat promosi berbayar melalui majalah, surat khabar, radio, tv dan segala saluran yang ada. Jadi sms yang saya sendiri terima tadi hanyalah salah satu cara mereka mempromosikan perkhidmatan mereka itu.

Apakah akan ada masalah dengan kredit telefon anda? Begini, sekirannya anda menaip syntax kod dan menghantarnya ke nombor 5 digit seperti dalam kes di atas, maknanya anda telah menerima tawaran perkhidmatan tersebut (i.e., subscribe) dan sms-sms akan dihantar ke telefon bimbit anda. Caj memang ada bagi setiap sms yang anda terima. Masalah yang selalu timbul ialah, mereka yang pada mulanya melanggan perkhidmatan itu tadi tidak tahu bagaimana untuk memberhentikan langganan mereka (i.e., unsubscribe). Jadi ingat ini, anda hanya perlu menaip semula syntax kod itu tetapi perkataan ON digantikan dengan perkataan STOP dan hantar semula ke nombor 5 digit itu. Mudahkan?

Baiklah sekarang anda sudah faham apa sebenarnya yang berlaku. Anda sudah boleh memilih untuk melanggan dan boleh menghentikan kembali langganan, mengikut sesuka hati anda. Mereka bukanlah menipu, cuma kita yang tidak tahu. Seperkara lagi ialah, setelah anda subscribe sesuatu perkhidmatan sms, biasanya anda akan menerima satu reply sms memaklumkan anda sudah mendaftar dan juga, cara untuk unsubscribe. Simpan sms ini untuk rujukan belakang hari.

Pernahkah anda menghantar sms untuk mengundi peserta Akademi Fantasia yang anda minati? Saya rasa 90% akan menjawab pernah. Ertinya konsep perniagaan melalui sms ini memang sah dan sudah lama wujud. Undian menerusi sms itu pun hanyalah salah satu cabang perniagaan ini. Saya faham selok belok perniagaan ini dan tahu cara melakukannya. Ikutilah artikel-artikel seterusnya kerana saya akan menerangkan semua jenis-jenis perniagaan melalui sms dan akan membuka peluang kepada anda untuk menjalankannya sendiri.

Anda boleh klik perkhidmatan sms yang saya sediakan pada side bar di sebelah kanan.

Sekian dulu dan jumpa lagi.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed