Emoticons

Written on 6:25 PM by Om Yus

Hello... (^_*)

Semasa kita bercakap dengan seseorang, mereka dapat melihat dari riak wajah sama ada kita gembira, sedih, marah, atau berjenaka. Jika kita berbual melalui telefon, mereka boleh meneka mood kita berdasarkan intonasi atau tone suara.

Bagaimana pun adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengagak perasaan kita melalui sms sahaja. Maka atas sebab ini, mereka yang lebih suka menghantar sms biasanya akan menggunakan emoticons untuk menunjukkan perasaan mereka.

Contoh emoticon yang paling asas ialah :-). Emoticon in terdiri daripada tanda colon, dash, dan close bracket. Emoticon ini ertinya senyum. Mat Salleh kata smile. Berikut adalah beberapa emoticons yang saya fikirkan perlu anda ketahui untuk membantu anda menunjukkan mood anda melalui sms.

:-) I'm smiling, or happy

;-) I'm winking, or joking

:-D I'm laughing

:'-( I'm crying

:'-D I'm crying with a laughter

:-( I'm sad

:-C now I'm really sad

:- I couldn't care less

:-* I'm clowning around

-o I'm bored now

:-o opps!

:=( I've got two noses!

:_( someone just punched me on the nose

.-( I've lost a contact lens

:-W I'm lying, speaking with a forked tongue

>;-) I just had an evil thought

:-P bleahhhh! (tongue sticking out)

Bagaimana? Menarik bukan. Jika anda sangat mahir anda tidak perlu menggunakan ayat pun untuk menyampaikan maksud anda. Mungkin anda boleh membuat karangan hanya dengan menggunakan emoticons ini. Ok, dalam post yang akan datang, saya akan berikan beberapa lagi emoticons untuk memperkasakan lagi skill sms anda. So long. :-P.

Akronim SMS

Written on 8:49 PM by Om Yus

Salam/Shallom

Kita sambung lagi tentang akronim yang lazim digunakan semasa berSMS. Sebelum ini saya sudah berikan akronim yang bermula dengan huruf A. Kali ini semua akronim yang saya tahu bermula dengan huruf B pula.

BFN = bye for now

BION = believe it or not

BRB = be right back (ini selalu saya nampak digunakan)

BTA = but then again

BTDT = been there, done that

BTW = by the way (kerap digunakan juga)

Ok, ringkas sahaja post ini, sekadar berkongsi ilmu mengenai sms. Jumpa lagi.

Trengkas SMS (Shorthand)

Written on 12:54 AM by Om Yus

Salam,

Seorang pemberita biasanya mempunyai kemahiran menulis dengan ringkas dan cepat agar dia mampu mencatatkan segala apa yang diperkatakan oleh seseorang semasa temu ramah. Teknik menulis begini dipanggil Trengkas kalau tak silap saya. Tulisan trengkas ini pelik rupanya. Saya tak pandai membaca tulisan ini.

Begitu juga halnya dengan sms. Biasanya kita tidak mengeja sesuatu perkataan dengan lengkap bila menggunakan sms. Selain perkataan, nombor, dan tanda bacaan pun selalu digunakan untuk mengeja perkataan. Dalam artikel ini, saya melencong sekejap dari membincangkan pasal menjana wang melalui sms. Saya akan berkongsi dengan anda teks-teks sms yang ringkas dan piawai supaya anda dapat menaip sms anda dengan cepat dan ringkas. Sms yang ringkas akan lebih cepat dihantar, selain menggunakan space yang kecil. Ini akan mengurangkan kos sms anda sebenarnya. Jadi mengetahui trengkas sms ini (istilah saya) sebenarnya menolong kita untuk menjimatkan kos sms juga.

Saya pernah menumpang kereta seorang sahabat. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Walaupau dia sedang memandu, sempat juga dia membaca sms itu, dan membalasnya!!! Hati saya sentiasa gelisah dengan gelagat kawan saya bersms sambil memandu. Nasihat saya, janganlah mencontohi perangai kawan saya ini ya.

Hm... untuk permulaan saya akan kongsikan beberapa akronim yang piawai. Maksud saya piawai ini adalah mengikut penggunaan Bahasa Inggeris. Jangan khuatir, ramai Mat Salleh celup sekarang di sana sini, jadi rasanya ramai jugalah yang akan faham akronim-akronim ini. Dalam kata lain, anda bolehlah menggunakannya.

Akronim-akronim yang kerap digunakan ialah:

AAMOF = as a matter of fact

ADN = any day now

AFAIK = as far as I know

AKA = also known as

ASAP = as soon as possible

ATM = at the moment

Bagaimana? Ada yang pernah anda jumpa? Saya biasa terima AKA dan ASAP. Setakat ini saja dulu. Ini saja yang saya tahu akronim yang bermula dengan huruf A. Selepas ini saya akan berikan akronim yang bermula dengan huruf B pula.

Jumpa lagi.

Siapakah yang SMS saya?

Written on 1:16 PM by Om Yus

Salam,

Pernahkah anda menerima sms dari sumber yang anda tidak ketahui dan memberikan tawaran perkhidmatan sms kepada anda? Saya sendiri beberapa kali menerimanya. Contoh yang saya pernah terima ialah:

Ingin tahu rahsia seks wanita? Taipkan ON RAHSIA dan hantar ke 12345*.
* Nombor ini bukan nombor sebenar, hanya sebagai contoh.

Anda tidak perlu risau jika anda menerima sms seperti ini. Perkhidmatan yang ditawarkan itu sebenarnya memang wujud. Cuma anda mungkin terkejut dan tidak yakin kerana anda tidak tahu siapa yang melakukannya dan bagaimana nombor telefon anda diperolehi? Mudah saja caranya, salah satu kaedah ialah dengan menggunakan Yahoo Messenger. Ada banyak cara lain tapi tak perlu saya bincangkan di sini.

Sebenarnya orang yang menghantar sms itu tadi hanya membuat promosi perkhidmatan yang dia sediakan (e.g., rahsia seks wanita) melalui saluran percuma kerana sms yang dihantar menggunakan Yahoo Messenger ini adalah percuma, walaupun terhad bilangan sms yang boleh dihantar kepada individu yang sama. Malahan mereka juga membuat promosi berbayar melalui majalah, surat khabar, radio, tv dan segala saluran yang ada. Jadi sms yang saya sendiri terima tadi hanyalah salah satu cara mereka mempromosikan perkhidmatan mereka itu.

Apakah akan ada masalah dengan kredit telefon anda? Begini, sekirannya anda menaip syntax kod dan menghantarnya ke nombor 5 digit seperti dalam kes di atas, maknanya anda telah menerima tawaran perkhidmatan tersebut (i.e., subscribe) dan sms-sms akan dihantar ke telefon bimbit anda. Caj memang ada bagi setiap sms yang anda terima. Masalah yang selalu timbul ialah, mereka yang pada mulanya melanggan perkhidmatan itu tadi tidak tahu bagaimana untuk memberhentikan langganan mereka (i.e., unsubscribe). Jadi ingat ini, anda hanya perlu menaip semula syntax kod itu tetapi perkataan ON digantikan dengan perkataan STOP dan hantar semula ke nombor 5 digit itu. Mudahkan?

Baiklah sekarang anda sudah faham apa sebenarnya yang berlaku. Anda sudah boleh memilih untuk melanggan dan boleh menghentikan kembali langganan, mengikut sesuka hati anda. Mereka bukanlah menipu, cuma kita yang tidak tahu. Seperkara lagi ialah, setelah anda subscribe sesuatu perkhidmatan sms, biasanya anda akan menerima satu reply sms memaklumkan anda sudah mendaftar dan juga, cara untuk unsubscribe. Simpan sms ini untuk rujukan belakang hari.

Pernahkah anda menghantar sms untuk mengundi peserta Akademi Fantasia yang anda minati? Saya rasa 90% akan menjawab pernah. Ertinya konsep perniagaan melalui sms ini memang sah dan sudah lama wujud. Undian menerusi sms itu pun hanyalah salah satu cabang perniagaan ini. Saya faham selok belok perniagaan ini dan tahu cara melakukannya. Ikutilah artikel-artikel seterusnya kerana saya akan menerangkan semua jenis-jenis perniagaan melalui sms dan akan membuka peluang kepada anda untuk menjalankannya sendiri.

Anda boleh klik perkhidmatan sms yang saya sediakan pada side bar di sebelah kanan.

Sekian dulu dan jumpa lagi.

Dunia Tanpa Sempadan

Written on 12:00 PM by Om Yus

Salam,

Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini hidup kita lebih sejahtera.

Dunia hari ini mengalami fenomena globalisasi akibat kemajuan teknologi internet. Dari sini ramailah pihak-pihak yang menggunakan kemudahan ini untuk mencari rezeki secara online dengan cara yang berbagai-bagai. Ada yang membina laman web untuk mempromosikan produk mereka. Ada pula yang menjadi orang tengah untuk menjual produk pihak lain seperti mengikuti program-program affiliate marketer. Tidak kurang juga di kalangan mereka yang mencuba nasib dengan menggunakan iklan-iklan berbayar. Terdapat pula individu yang kerjanya hanya membuat beberapa product review dalam sehari. Tak cukup dengan itu, ada juga yang membeli produk pihak lain secara pukal dan menjualnya semula dalam program master reseller. Dan yang paling berkesan ialah jika anda mempunyai satu sistem aplikasi (software) yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda. Banyaklah jika hendak diceritakan semua.

Di laman ini saya tidak bercadang untuk menerangkan program-program yang saya sebutkan di atas, tetapi seperti yang anda boleh lihat pada nama laman ini, saya akan membincangkan segala perkara yang saya tahu berkenaan dengan dunia sms. Seperti internet, perkembangan telefon bimbit juga menyebabkan dunia ini terasa kecil. Dan perkhidmatan sms ini pula banyak kelebihan dan juga kekurangan, bergantung kepada cara kita menggunakannya.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda perkara-perkara yang bagi saya mendatangkan faedah jika kita tahu caranya. Saya akan menceritakan bagaimana kita boleh menjana pendapatan menerusi sms dan seterusnya jika cukup masa berlalu saya akan memberi anda peluang untuk melakukannya sendiri. Jadi, teruskanlah mengikuti perkembangan laman ini. Anda sebenarnya baru sahaja memasuki satu laman yang akan memberi manfaat kepada anda sama ada dari segi pengetahuan atau pun materi.

Sampai jumpa lagi.